Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان ﷺ لا يفارقه في الحضر ولا في السفر خمسة: المرأة والمكحلة والمشط والسواك والمدرى.
Teks Bahasa Melayu
Baginda SAW tidak akan berpisah dengan lima perkara ketika bermukim mahupun ketika bermusafir: Cermin, bekas celak, sikat, kayu sugi dan gigi sikat.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1000, hadis no. 5154. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة رضي الله عنها قالت: كان ﷺ لا يفارقه في الحضر ولا في السفر خمسة: المرأة، والمكحلة والمشط والسواك والمدرى. [عق، عد، هب، الضعيفة (4249)].
(Lemah) Daripada 'Aishah RA dia berkata: Baginda SAW tidak akan berpisah dengan lima perkara ketika bermukim mahupun ketika bermusafir: Cermin, bekas celak, sikat, kayu sugi dan gigi sikat. [Riwayat al-‘Uqaili dalam al-Dhu’afa al-Kabir, Ibnu ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa, dan al-Baihaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Dhai’fah no. 4249].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman