TEKS BAHASA ARAB
وجهنا – صلى الله عليه وسلم – في سرية فأمرنا أن نقرأ إذا أمسينا وإذا أصبحنا: ((أفحسبتم أنما خلقناكم عبثا…)) الآية، فقرأنا، فغنمنا وسلمنا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Baginda SAW telah mengarahkan kami dalam satu ekspedisi perang, lalu Baginda menyuruh kami membaca apabila kami berada pada waktu petang dan waktu pagi: ((Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami)) [Surah al-Mu'minun ayat 115] Kami pun membacanya, lalu kami mendapat harta rampasan dan kami selamat.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1486, hadis nombor 7589. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن محمد بن إبراهيم التيمي عن أبيه، قال: وجهنا – صلى الله عليه وسلم – في سرية فأمرنا أن نقرأ إذا أمسينا وإذا أصبحنا: (أفحسبتم أنما خلقناكم عبثا…) الآية، فقرأنا، فغنمنا وسلمنا. [ابن السني، أبو نعيم في ((المعرفة))، ((الضعيفة)) (4274)]
(Lemah)
Daripada Muhammad bin Ibrahim al-Taimi daripada ayahnya, kata beliau: Baginda SAW telah mengarahkan kami dalam satu ekspedisi perang, lalu Baginda menyuruh kami membaca apabila kami berada pada waktu petang dan waktu pagi: ((Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami)) [Surah al-Mu'minun ayat 115]. Kami pun membacanya, lalu kami mendapat harta rampasan dan kami selamat.
[Riwayat Ibn al-Sunni dan Abu Nu'aym dalam ((al-Ma'rifah)). Lihat Silsilah al-Da'ifah; no. 4274]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.