Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Baginda SAW telah mengarahkan kami dalam satu ekspedisi perang

Teks Bahasa Arab

وجَّهَنا - صلَّى اللَّهُ علَيهِ وسلَّمَ - في سَريةٍ فأمرَنا أن نقرأَ إذا أمسَينا وإذا أصبَحنا: (أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا...) الآيةَ، فقرَأنا، فغنِمْنا وسلِمْنا.

Teks Bahasa Melayu

Baginda SAW telah mengarahkan kami dalam satu ekspedisi perang, lalu Baginda menyuruh kami membaca apabila kami berada pada waktu petang dan waktu pagi: ((Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami)) [Surah al-Mu'minun ayat 115] Kami pun membacanya, lalu kami mendapat harta rampasan dan kami selamat.

Sahabat Perawi

  1. Muhammad bin Ibrahim al-Taimi

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1486, hadis no. 7589. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن محمد بن إبراهيم التيمي عن أبيه، قال: وجهنا - صلى الله عليه وسلم - في سرية فأمرنا أن نقرأ إذا أمسينا وإذا أصبحنا: (أفحسبتم أنما خلقناكم عبثا...) الآية، فقرأنا، فغنمنا وسلمنا. [ابن السني، أبو نعيم في ((المعرفة))، ((الضعيفة)) (4274)]

(Lemah) Daripada Muhammad bin Ibrahim al-Taimi daripada ayahnya, kata beliau: Baginda SAW telah mengarahkan kami dalam satu ekspedisi perang, lalu Baginda menyuruh kami membaca apabila kami berada pada waktu petang dan waktu pagi: ((Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami)) [Surah al-Mu'minun ayat 115]. Kami pun membacanya, lalu kami mendapat harta rampasan dan kami selamat. [Riwayat Ibn al-Sunni dan Abu Nu'aym dalam ((al-Ma'rifah)). Lihat Silsilah al-Da'ifah; no. 4274]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.