Baginda SAW takut akan dua perkara terhadap umatku iaitu al-Qur'an dan susu

TEKS BAHASA ARAB

إني أخاف على أمتي اثنتين: القرآن واللبن، أما اللبن فيبتغون الريف، ويتبعون الشهوات، ويتركون الصلوات، وأما القرآن فيتعلمه المنافقون، فيجادلون به المؤمنين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya dua perkara yang aku takuti terhadap umatku iaitu al-Qur’an dan susu. Adapun susu boleh menyebabkan mereka mencari tanah yang subur (mempunyai padang rumput), seraya mereka menuruti hawa nafsu (keseronokan) dan mereka meninggalkan solat (kerana mengejar penghasilan susu). Manakala al-Qur’an pula boleh menyebabkan ia dipelajari oleh orang-orang munafik lalu mereka berdebat menggunakan al-Qur’an terhadap orang-orang mukmin.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1316, hadis nombor 6716. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عقبة بن عامر رضي الله عنه أن رسول الله ﷺ قال: إني أخاف على أمتي اثنتين: القرآن واللبن، أما اللبن فيبتغون الريف، ويتبعون الشهوات، ويتركون الصلوات، وأما القرآن فيتعلمه المنافقون، فيجادلون به المؤمنين.
[حم، ((الضعيفة)) (١٧٧٩)].

(Lemah)
Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya dua perkara yang aku takuti terhadap umatku iaitu al-Qur’an dan susu. Adapun susu boleh menyebabkan mereka mencari tanah yang subur (mempunyai padang rumput), seraya mereka menuruti hawa nafsu (keseronokan) dan mereka meninggalkan solat (kerana mengejar penghasilan susu). Manakala al-Qur’an pula boleh menyebabkan ia dipelajari oleh orang-orang munafik lalu mereka berdebat menggunakan al-Qur’an terhadap orang-orang mukmin.
[Riwayat Ahmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1779].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs