Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنِّي أخافُ علَى أمَّتي اثنتينِ: القرآنَ واللَّبَنَ أمَّا اللَّبَنُ، فيبتَغونَ الرِّيفَ ويتَّبعونَ الشَّهواتِ، ويترُكونَ الصَّلواتِ، وأمَّا القرآنُ فيتعلَّمُهُ المُنافِقونَ، فيجادِلونَ بهِ المؤمنينَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya dua perkara yang aku takuti terhadap umatku iaitu al-Qur'an dan susu. Adapun susu boleh menyebabkan mereka mencari tanah yang subur (mempunyai padang rumput), seraya mereka menuruti hawa nafsu (keseronokan) dan mereka meninggalkan solat (kerana mengejar penghasilan susu). Manakala al-Qur'an pula boleh menyebabkan ia dipelajari oleh orang-orang munafik lalu mereka berdebat menggunakan al-Qur'an terhadap orang-orang mukmin.
Sahabat Perawi
- Uqbah Bin Amir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1316, hadis no. 6716. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عقبة بن عامر رضي الله عنه أن رسول الله ﷺ قال: إني أخاف على أمتي اثنتين: القرآن واللبن، أما اللبن فيبتغون الريف، ويتبعون الشهوات، ويتركون الصلوات، وأما القرآن فيتعلمه المنافقون، فيجادلون به المؤمنين. [حم، ((الضعيفة)) (١٧٧٩)].
(Lemah) Daripada 'Uqbah bin 'Amir RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya dua perkara yang aku takuti terhadap umatku iaitu al-Qur'an dan susu. Adapun susu boleh menyebabkan mereka mencari tanah yang subur (mempunyai padang rumput), seraya mereka menuruti hawa nafsu (keseronokan) dan mereka meninggalkan solat (kerana mengejar penghasilan susu). Manakala al-Qur'an pula boleh menyebabkan ia dipelajari oleh orang-orang munafik lalu mereka berdebat menggunakan al-Qur'an terhadap orang-orang mukmin. [Riwayat Ahmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1779].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman