Baginda SAW suka al-‘Aqiq

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أما إنك لو كنت تصيد بالعقيق؛ لشيعتك إذا ذهبت، وتلقيتك إذا جئت؛ فإني أحب العقيق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Adapun jika kamu memburu di kawasan al-‘Aqiq, tentu aku akan iringi jika kamu keluar memburu. Aku juga pasti akan bertemu dengan kamu jika kamu datang, kerana aku suka al-‘Aqiq.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 795, hadis nombor 4094. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن سلمة بن الأكوع رضي الله عنه: أنه كان يصيد ويأتي النبي ﷺ من صيده، فأبطأ عليه، ثم جاءه. فقال له رسول الله ﷺ: ما الذي حبسك؟. فقال: يا رسول الله! انتفى عنا الصيد؛ فصرنا نصيد ما بين (نبث وفي نسخة: بيت) إلى (قناة)، فقال رسول الله ﷺ: أما إنك لو كنت تصيد بالعقيق؛ لشيعتك إذا ذهبت، وتلقيتك إذا جئت؛ فإني ‌أحب ‌العقيق.
[الطحاوى، (الضعيفة) (4860)]

(Sangat Lemah)
Daripada Salamah bin al-Akwa’ RA bahawa beliau memburu dan mendatangi Nabi SAW dengan buruannya, lalu beliau lambat mendatangi baginda. Lalu baginda bertanya: Apa yang menghalang (melambatkan) kamu? Lalu dia berkata: Wahai Rasulullah SAW! Buruan ini telah lari meninggalkan kami. Oleh itu, kami berburu di antara tanah (ada riwayat: rumah) dan Sudur Qanah. Lalu Rasulullah SAW bersabda: Adapun jika kamu memburu di kawasan al-‘Aqiq, tentu aku akan iringi jika kamu keluar memburu. Aku juga pasti akan bertemu dengan kamu jika kamu datang, kerana aku suka al-‘Aqiq.
[Riwayat al-Tahawi dalam Syarh Ma'ani al-Athar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4860]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.