Baginda SAW sering makan buah anggur

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان يأكل العنب خرطا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda SAW sering makan buah anggur secara kharta (memasukkan buah ke dalam mulut lalu mengeluarkan bijinya dengan jari).

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 65, hadis nombor 365. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Para huffaz berkata: Palsu. Hadith tersebut terdapat dalam al-Mawdhu’at oleh Ibn al-Jawzi. Juga terdapat di bawah biografi Dawd ‘Abdul Jabbar al-Kufi melalui kitab al-Mizan oleh al-Zahabi dan beliau meriwayatkannya secara bersanad. Kemudian, beliau nukilkan daripada al-‘Uqaili bahawa beliau berkata: Tidak ada asalnya.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.