Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كانَ يَأكُلُ الْعنَبَ خَرْطاً.
Teks Bahasa Melayu
Baginda SAW sering makan buah anggur secara kharta (memasukkan buah ke dalam mulut lalu mengeluarkan bijinya dengan jari).
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 65, hadis no. 365. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Para huffaz berkata: Palsu. Hadith tersebut terdapat dalam al-Mawdhu'at oleh Ibn al-Jawzi. Juga terdapat di bawah biografi Dawd 'Abdul Jabbar al-Kufi melalui kitab al-Mizan oleh al-Zahabi dan beliau meriwayatkannya secara bersanad. Kemudian, beliau nukilkan daripada al-'Uqaili bahawa beliau berkata: Tidak ada asalnya.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman