Baginda SAW sering bersugi menggunakan lebihan wuduk baginda

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان صلى الله عليه وسلم يستاك بفضل وضوئه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda SAW sering bersugi menggunakan lebihan wuduk baginda.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1207, hadis nombor 6139. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً)
عن أنس بن مالك رضي الله عنه، قال: كان صلى الله عليه وسلم يستاك بفضل وضوئه.
[الدارقطني في ((الأفراد))، خط، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4268)]

(Sangat Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA, katanya: Baginda SAW sering bersugi menggunakan lebihan wuduk baginda.
[Riwayat al-Daraqutni dalam al-'Afrad, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4268]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.