Baginda SAW selalu solat Zohor dengan menjadi imam kepada kami

TEKS BAHASA ARAB

كان – صلى الله عليه وسلم – يصلي بنا الظهر، فنسمع منه الآية بعد الآيات من سورة (لقمان)، و (الذاريات).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda SAW selalu solat Zohor dengan menjadi imam kepada kami, lalu kamu mendengar daripada Baginda ayat demi ayat daripada surah Luqman dan al-Zariyat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1482, hadis nombor 7564. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن البراء بن عازب – رضي الله عنه -، قال: كان – صلى الله عليه وسلم – يصلي بنا الظهر، فنسمع منه الآية بعد الآيات من سورة (لقمان)، و (الذاريات). [ن، هـ، ((الضعيفة)) (4120)]

(Lemah)
Daripada al-Bara’ bin ‘Azib RA, katanya: Baginda SAW selalu solat Zohor dengan menjadi imam kepada kami, lalu kamu mendengar daripada Baginda ayat demi ayat daripada surah Luqman dan al-Zariyat.
[Riwayat al-Nasa'i dalam Sunan beliau dan Ibn Majah dalam Sunan beliau. Lihat Silsilah al-Da'ifah; no. 4120]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs