Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان - صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ - يُحِبُّ هذه السُّورةَ ((سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى)).
Teks Bahasa Melayu
Baginda SAW selalu menyukai surah ini: ((Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu yang Maha Tinggi (dari segala sifat kekurangan))) [Surah al-A'la].
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1481, hadis no. 7560. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن علي - رضي الله عنه -، قال: كان - صلى الله عليه وسلم - يحب هذه السورة ((سبح اسم ربك الأعلى)). [حم، الطبري في ((تهذيب الآثار))، ((الضعيفة)) (4266)]
(Sangat Lemah) Daripada 'Ali RA, katanya: Baginda SAW selalu menyukai surah ini: ((Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu yang Maha Tinggi (dari segala sifat kekurangan))) [Surah al-A'la]. [Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau dan al-Tabari dalam ((Tahzib al-Athar)). Lihat Silsilah al-Da'ifah; no. 4266]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman