Baginda SAW selalu mengucapkan: Ya Allah! Berikanlah aku kesejahteraan pada jasadku dan penglihatanku

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

اللهم عافني في جسدي، وعافني في بصري، واجعله الوارث مني، لا إله إلا الله الحليم الكريم، سبحان الله رب العرش العظيم، الحمد لله رب العالمين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ya Allah! Berikanlah aku kesejahteraan pada jasadku dan penglihatanku serta jadikanlah ia (yakni: kesejahteraan jasad dan penglihatan) sebagai pewaris daripadaku (yakni: agar ia berterusan sehingga akhir hayatku). Tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah Yang Maha Lemah Lembut lagi Maha Mulia, Maha Suci Allah Pemilik Arasy yang agung, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1446, hadis nombor 7354. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عائشة -رضي الله عنها-، قالت: ((كان يقول: اللهم عافني في جسدي، وعافني في بصري، واجعله الوارث مني، لا إله إلا الله الحليم الكريم، سبحان الله رب العرش العظيم، الحمد لله رب العالمين)). [ت، ك، عد، خط، ((الضعيفة)) (2917)].

(Lemah)
Daripada ‘Āishah RA, beliau berkata: Baginda SAW selalu mengucapkan: “Baginda SAW selalu mengucapkan: Ya Allah! Berikanlah aku kesejahteraan pada jasadku dan penglihatanku serta jadikanlah ia (yakni: kesejahteraan jasad dan penglihatan) sebagai pewaris daripadaku (yakni: agar ia berterusan sehingga akhir hayatku). Tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah Yang Maha Lemah Lembut lagi Maha Mulia, Maha Suci Allah Pemilik Arasy yang agung, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
[Riwayat al-Tirmidhī dalam Sunannya, al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’, al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2917].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.