Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Baginda SAW selalu memulakan doa Baginda dengan: Maha Suci Rabbku yang Maha Tinggi Lagi Maha Pemurah

Teks Bahasa Arab

كان - صلى الله عليه وسلم - يَستفتِحُ دعاءَه بـ: سبحانَ ربِّيَ الأعلى الوهابِ.

Teks Bahasa Melayu

Baginda SAW selalu memulakan doa Baginda dengan: Maha Suci Rabbku yang Maha Tinggi Lagi Maha Pemurah.

Sahabat Perawi

  1. Salamah bin al-Akwa' RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1482, hadis no. 7563. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سلمة بن الأكوع - رضي الله عنه -، قال: كان - صلى الله عليه وسلم - يستفتح دعاءه بـ: ((سبحان ربي الأعلى الوهاب)). [حم، ش، عبد بن حميد، ابن الأعرابي، ك، ((الضعيفة)) (4271)]

(Lemah) Daripada Salamah bin al-Akwa' RA, katanya: Baginda SAW selalu memulakan doa Baginda dengan: Maha Suci Rabbku yang Maha Tinggi Lagi Maha Pemurah. [Riwayat Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau, Ibn Abi Shaibah dalam Musannaf, 'Abd bin Humaid, Ibn al-A'rabi dan al-Hakim dalam Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah; no. 4271]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.