TEKS BAHASA ARAB
كان يقلم أظفاره ويقص شاربه يوم الجمعة قبل أن يروح إلى الصلاة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Baginda SAW selalu memotong kuku dan mengunting misai baginda pada hari Jumaat sebelum baginda pergi ke (tempat) solat.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 65, hadis nombor 366. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Hadith tersebut turut dikeluarkan oleh al-Bazzar, dalam sanadnya terdapat Ibrahim bin Huzafah, beliau seorang yang majhul (tidak dikenali) . Seakan-akannya beliaulah yang memalsukan hadith tersebut. Al-Baihaqi pula berkata: Ia munkar. Nabi SAW kebiasaannya keluar untuk solat daripada rumah baginda, pemalsu hadith tersebut tidak menyedari akan hal ini menyebabkan dia menyebutkan: Baginda pergi.
RUJUKAN
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr(2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.