Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كانَ يُقَلِّمُ أَظْفَارَهُ وَيَقُصُّ شَارِبَهُ يَوْمَ الجُمُعَةِ قَبْلَ أَنْ يَرُوحَ إِلَى الصَّلاَةِ.
Teks Bahasa Melayu
Baginda SAW selalu memotong kuku dan mengunting misai baginda pada hari Jumaat sebelum baginda pergi ke (tempat) solat.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 65, hadis no. 366. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Hadith tersebut turut dikeluarkan oleh al-Bazzar, dalam sanadnya terdapat Ibrahim bin Huzafah, beliau seorang yang majhul (tidak dikenali) . Seakan-akannya beliaulah yang memalsukan hadith tersebut. Al-Baihaqi pula berkata: Ia munkar. Nabi SAW kebiasaannya keluar untuk solat daripada rumah baginda, pemalsu hadith tersebut tidak menyedari akan hal ini menyebabkan dia menyebutkan: Baginda pergi.
Rujukan
Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.
Makluman