Baginda SAW selalu memohon perlindungan di hujung solat daripada empat perkara

TEKS BAHASA ARAB

كان صلى الله عليه وسلم يتعوذ في دبر الصلاة من الأربع: من عذاب القبر، وعذاب النار، وشر الفتن ما ظهر منها وما بطن، ومن الأعور الكذاب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda SAW selalu memohon perlindungan di hujung solat daripada empat perkara; daripada azab kubur, azab neraka, keburukan fitnah (bencana) sama ada yang nyata atau tersembunyi dan juga daripada si buta lagi kaki dusta (dajal).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1449, hadis nombor 7369. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-، قال: ((كان صلى الله عليه وسلم يتعوذ في دبر الصلاة من الأربع: من عذاب القبر، وعذاب النار، وشر الفتن ما ظهر منها وما بطن، ومن الأعور الكذاب)). [تخ، ((الضعيفة)) (2794)].

(Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbās RA, beliau berkata: Baginda SAW selalu memohon perlindungan di hujung solat daripada empat perkara; daripada azab kubur, azab neraka, keburukan fitnah (bencana) sama ada yang nyata atau tersembunyi dan juga daripada si buta lagi kaki dusta (dajal).
[Riwayat al-Bukhārī dalam al-Tārīkh al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2794].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs