Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان صلَّى اللهُ عليه وسلَّم يتعوَّذُ في دُبُرِ الصَّلاةِ مِن الأربَع: مِن عذابِ القبرِ، وعذابِ النَّارِ، وشَرِّ الفِتَنِ ما ظهَر منها وما بطَن، ومِن الأعورِ الكَذَّابِ.
Teks Bahasa Melayu
Baginda SAW selalu memohon perlindungan di hujung solat daripada empat perkara; daripada azab kubur, azab neraka, keburukan fitnah (bencana) sama ada yang nyata atau tersembunyi dan juga daripada si buta lagi kaki dusta (dajal).
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1449, hadis no. 7369. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbās RA, beliau berkata: Baginda SAW selalu memohon perlindungan di hujung solat daripada empat perkara; daripada azab kubur, azab neraka, keburukan fitnah (bencana) sama ada yang nyata atau tersembunyi dan juga daripada si buta lagi kaki dusta (dajal). [Riwayat al-Bukhārī dalam al-Tārīkh al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2794].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman