Baginda SAW selalu masuk ke tempat mandian awam dan baginda selalu menerangkan cahaya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان يدخل الحمام، وكان يتنور.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda SAW selalu masuk ke tempat mandian awam dan baginda selalu menerangkan cahaya (tempat mandian awam).

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1199, hadis nombor 6083. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن محمد بن زياد الألهاني، يقول: كان ثوبان جارا لنا وكان يدخل الحمام فقلت له: فقال: كان يدخل الحمام، وكان يتنور.
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1801)]

(Sangat Lemah)
Daripada Muhammad bin Ziyad al-Alhani, katanya: Thawban adalah jiran kepada kami, beliau selalu masuk tempat mandian awam, aku pun berkata kepada beliau, lalu beliau berkata: Baginda SAW selalu masuk ke tempat mandian awam dan baginda selalu menerangkan cahaya (tempat mandian awam).
[Riwayat Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1801]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.