Baginda SAW selalu keluar menumpahkan air, lalu baginda menyapu dengan debu tanah

TEKS BAHASA ARAB

كان يخرج يهريق الماء، فيتمسح بالتراب، فأقول: يا رسول الله! إن الماء منك قريب، فيقول: ما يدريني لعلي لا أبلغه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda SAW selalu keluar menumpahkan air, lalu baginda menyapu dengan debu tanah. Aku pun berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya air hampir dengan anda. Baginda bersabda: Tidak aku ketahui, barangkali aku tidak dapat mencapainya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1198, hadis nombor 6082. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: كان صلى الله عليه وسلم يخرج يهريق الماء، فيتمسح بالتراب، فأقول: يا رسول الله! إن الماء منك قريب، فيقول: ما يدريني لعلي لا أبلغه.
[ابن المبارك، ((الضعيفة)) (1635)]

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA, katanya: Baginda SAW selalu keluar menumpahkan air, lalu Baginda menyapu dengan debu tanah. Aku pun berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya air hampir dengan anda. Baginda bersabda: Tidak aku ketahui, barangkali aku tidak dapat mencapainya.
[Riwayat Ibn al-Mubarak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1635]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs