Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان صلى الله عليه وسلم يُتَوَضَّأ بفَضْلِ سِوَاكِه.
Teks Bahasa Melayu
Baginda SAW selalu berwuduk dengan lebihan air siwak baginda.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1221, hadis no. 6220. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس رضي الله عنه، قال: كان صلى الله عليه وسلم يتوضأ بفضل سواكه. [البزار، قط، ((الضعيفة)) (6421)].
(Lemah) Daripada Anas Ra, katanya: Baginda SAW selalu berwuduk dengan lebihan air siwak baginda. [Riwayat al-Bazzar dan al-Daraqutni. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6421].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman