Baginda SAW selalu bertayamum menggunakan debu tanah

TEKS BAHASA ARAB

كان يتيمم بالصعيد، فلم أره يمسح يديه ووجهه إلا مرة واحدة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda SAW selalu bertayamum menggunakan debu tanah, aku tidak lihat baginda menyapu kedua tangan dan wajahnya kecuali sekali sahaja.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1218, hadis nombor 6202. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن معاذ بن جبل رضي الله عنه، قال: كان يتيمم بالصعيد، فلم أره يمسح يديه ووجهه إلا مرة واحدة.
[طب، ((الضعيفة)) (5930)]

(Palsu)
Daripada Mu’az bin Jabal RA, katanya: Baginda SAW selalu bertayamum menggunakan debu tanah, aku tidak lihat baginda menyapu kedua tangan dan wajahnya kecuali sekali sahaja.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5930]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs