Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Baginda SAW selalu bertayamum menggunakan debu tanah

Teks Bahasa Arab

كانَ يتَيمَّمُ بالصَّعيدِ، فلم أرَهُ يمسحُ يدَيهِ ووجهَهُ إلَّا مرَّةً واحدةً.

Teks Bahasa Melayu

Baginda SAW selalu bertayamum menggunakan debu tanah, aku tidak lihat baginda menyapu kedua tangan dan wajahnya kecuali sekali sahaja.

Sahabat Perawi

  1. Mu'az bin Jabal RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1218, hadis no. 6202. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن معاذ بن جبل رضي الله عنه، قال: كان يتيمم بالصعيد، فلم أره يمسح يديه ووجهه إلا مرة واحدة. [طب، ((الضعيفة)) (5930)]

(Palsu) Daripada Mu'az bin Jabal RA, katanya: Baginda SAW selalu bertayamum menggunakan debu tanah, aku tidak lihat baginda menyapu kedua tangan dan wajahnya kecuali sekali sahaja. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5930]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.