TEKS BAHASA ARAB
كان – صلى الله عليه وسلم – يدعو بهذه الدعوات إذا أصبح وإذا أمسى: اللهم إني أسألك من فجأة الخير، وأعوذ بك من فجأة الشر؛ فإن العبد لا يدري ما يفجأه إذا أصبح وإذا أمسى.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Baginda SAW selalu berdoa dengan doa-doa ini apabila Baginda berada pada waktu pagi dan petang: Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu terhadap kebaikan yang datang secara tiba-tiba dan aku berlindung kepadaMu terhadap keburukan yang datang secara tiba-tiba, kerana sesungguhnya seseorang hamba itu tidak mengetahu apa yang bakal menimpanya secara tiba-tiba apabila dia berada pada waktu pagi dan petang.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1482, hadis nombor 7562. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس – رضي الله عنه -، قال: كان – صلى الله عليه وسلم – يدعو بهذه الدعوات إذا أصبح وإذا أمسى: ((اللهم إني أسألك من فجأة الخير، وأعوذ بك من فجأة الشر؛ فإن العبد لا يدري ما يفجأه إذا أصبح وإذا أمسى)). [ع، ابن السني، ((الضعيفة)) (4175)]
(Sangat Lemah)
Daripada Anas RA, katanya: Baginda SAW selalu berdoa dengan doa-doa ini apabila Baginda berada pada waktu pagi dan petang: Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu terhadap kebaikan yang datang secara tiba-tiba dan aku berlindung kepadaMu terhadap keburukan yang datang secara tiba-tiba, kerana sesungguhnya seseorang hamba itu tidak mengetahui apa yang bakal menimpanya secara tiba-tiba apabila dia berada pada waktu pagi dan petang.
[Riwayat Abu Ya'la dalam Musnad beliau dan Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da'ifah; no. 4175]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.