Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان - صلى الله عليه وسلم - يَدْعُو بهذه الدَّعَواتِ إذا أصبح وإذا أَمْسَى: اللهم إني أسألُكَ من فَجْأَةِ الخيرِ، وأعوذُ بكَ من فَجْأَةِ الشَّرِّ ؛ فإن العبدَ لا يَدْرِي ما يَفْجَأُهُ إذا أصبح وإذا أَمْسَى.
Teks Bahasa Melayu
Baginda SAW selalu berdoa dengan doa-doa ini apabila Baginda berada pada waktu pagi dan petang: Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu terhadap kebaikan yang datang secara tiba-tiba dan aku berlindung kepadaMu terhadap keburukan yang datang secara tiba-tiba, kerana sesungguhnya seseorang hamba itu tidak mengetahu apa yang bakal menimpanya secara tiba-tiba apabila dia berada pada waktu pagi dan petang.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1482, hadis no. 7562. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس - رضي الله عنه -، قال: كان - صلى الله عليه وسلم - يدعو بهذه الدعوات إذا أصبح وإذا أمسى: ((اللهم إني أسألك من فجأة الخير، وأعوذ بك من فجأة الشر؛ فإن العبد لا يدري ما يفجأه إذا أصبح وإذا أمسى)). [ع، ابن السني، ((الضعيفة)) (4175)]
(Sangat Lemah) Daripada Anas RA, katanya: Baginda SAW selalu berdoa dengan doa-doa ini apabila Baginda berada pada waktu pagi dan petang: Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu terhadap kebaikan yang datang secara tiba-tiba dan aku berlindung kepadaMu terhadap keburukan yang datang secara tiba-tiba, kerana sesungguhnya seseorang hamba itu tidak mengetahui apa yang bakal menimpanya secara tiba-tiba apabila dia berada pada waktu pagi dan petang. [Riwayat Abu Ya'la dalam Musnad beliau dan Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da'ifah; no. 4175]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman