Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Baginda SAW reda dengan syafaat yang diberikan kepada umatnya

Teks Bahasa Arab

أشفعُ لأمتي حتى يُناديني ربِّي -تبارَكَ وتعالَى -، فيقولُ: أرضيتَ يا محمدُ؟ فأقولُ: ربِّ رضيتُ.

Teks Bahasa Melayu

Aku memberikan syafaat kepada umatku sehingga Tuhanku SAW memanggilku dan berfirman: Adakah engkau reda wahai Muhammad? Aku berkata: Wahai Tuhanku, aku reda.

Sahabat Perawi

  1. Ali bin Abi Talib RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 712, hadis no. 3644. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن علي رضي الله عنه، قال: قال ﷺ: أشفع لأمتي حتى يناديني ربي تبارك وتعالى، فيقول: أرضيت يا محمد؟ فأقول: رب رضيت. [ابن خزيمة في ((التوحيد))، البزار، طس، ((الضعيفة)) (6703)].

(Munkar) Daripada Ali RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Aku memberikan syafaat kepada umatku sehingga Tuhanku SAW memanggilku dan berfirman: Adakah engkau reda wahai Muhammad? Aku berkata: Wahai Tuhanku, aku reda. [Riwayat Ibn Khuzaymah dalam al-Tawhid, al-Bazzar dalam al-Musnad, al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6703].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.