Baginda SAW pernah memakan buah tembikai dan kurma basah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

كان يأكل الخربز بالرطب، ويقول : هما الأطيبان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda SAW pernah memakan buah tembikai dan kurma basah. Baginda berkata: Kedua-duanya adalah terbaik.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1848, hadis nombor 9328. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن جابر بن عبدالله -رضي الله عنهما-، قال: كان ﷺ يأكل الخربز بالرطب، ويقول: ((هما الأطيبان)). [الطيالسي، ((الضعيفة)) (٤٢٥٧)]

(Lemah) Daripada Jābir bin ‘Abdullah RA, beliau berkata: Baginda SAW pernah memakan buah tembikai dan kurma basah. Baginda berkata: Kedua-duanya adalah terbaik. [Riwayat al-Ṭayālisī dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4257]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.