Baginda SAW pernah makan sambil bersandar

TEKS BAHASA ARAB

كان يأكل متكئا فنزل عليه جبريل عليه السلام فقال: انظروا إلى هذا العبد كيف يأكل متكئا؟ قال: فجلس رسول الله صلى الله عليه وسلم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda SAW pernah makan sambil bersandar, tiba-tiba Jibril AS turun menemui Baginda, lalu berkata: Lihat kepada hamba ini, bagaimanakah dia sanggup makan bersandar? Kemudian Baginda SAW duduk seperti biasa.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1066, hadis nombor 5437. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن إسماعيل الأعورقال: كان يأكل متكئًا فنزل عليه جبريل عليه السلام فقال: انظروا إلى هذا العبد كيف يأكل متكئًا؟ قال: فجلس رسول الله صلى الله عليه وسلم . [الطحاوي، الضعيفة (5412)]

(Lemah) Daripada Isma‘il al-A‘war, beliau menceritakan: Baginda SAW pernah makan sambil bersandar, tiba-tiba Jibril AS turun menemui Baginda, lalu berkata: Lihat kepada hamba ini, bagaimanakah dia sanggup makan bersandar? Kemudian Baginda SAW duduk seperti biasa. [Riwayat al-Tahawi dalam Sharh Ma‘ani al-Athar. Lihat Silsilah al-Dha'ifah (5412)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs