Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان يأكلُ متكئًا فنزل عليه جبريلُ عليهِ السلامُ، فقال : انظُروا إلى هذا العبدِ كيف يأكلُ متكئًا؟ قال : فجلس رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ.
Teks Bahasa Melayu
Baginda SAW pernah makan sambil bersandar, tiba-tiba Jibril AS turun menemui Baginda, lalu berkata: Lihat kepada hamba ini, bagaimanakah dia sanggup makan bersandar? Kemudian Baginda SAW duduk seperti biasa.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1066, hadis no. 5437. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن إسماعيل الأعورقال: كان يأكل متكئًا فنزل عليه جبريل عليه السلام فقال: انظروا إلى هذا العبد كيف يأكل متكئًا؟ قال: فجلس رسول الله صلى الله عليه وسلم . [الطحاوي، الضعيفة (5412)]
(Lemah) Daripada Isma‘il al-A‘war, beliau menceritakan: Baginda SAW pernah makan sambil bersandar, tiba-tiba Jibril AS turun menemui Baginda, lalu berkata: Lihat kepada hamba ini, bagaimanakah dia sanggup makan bersandar? Kemudian Baginda SAW duduk seperti biasa. [Riwayat al-Tahawi dalam Sharh Ma‘ani al-Athar. Lihat Silsilah al-Dha'ifah (5412)]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman