Baginda SAW pernah berbekam di bahagian kepala dan bahagian antara kedua bahu

TEKS BAHASA ARAB

كان – صلى الله عليه وسلم – يحتجم على هامته وبين كتفيه، ويقول: ((من أهراق من هذه الدماء فلا يضره أن لا يتداوى بشيء لشيء)).

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda SAW pernah berbekam di bahagian kepala dan bahagian antara kedua bahu, dan Baginda bersabda: “Barangsiapa yang menumpahkan darahnya (dengan cara berbekam), maka tidak mengapa jika dia tidak berubat dengan sesuatu yang lain untuk sesuatu (penyakit lain).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1171, hadis nombor 5922. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي كبشة الأنماري – رضي الله عنه -، قال: كان – صلى الله عليه وسلم – يحتجم على هامته وبين كتفيه، ويقول: ((من أهراق من هذه الدماء فلا يضره أن لا يتداوى بشيء لشيء)). [د، ه، ((الضعيفة)) (1867)].

(Lemah) Daripada Abi Kabsyah al-Anmari RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Baginda SAW pernah berbekam di bahagian kepala dan bahagian antara kedua bahu, dan Baginda bersabda: “Barangsiapa yang menumpahkan darahnya (dengan cara berbekam), maka tidak mengapa jika dia tidak berubat dengan sesuatu yang lain untuk sesuatu (penyakit lain). [Riwayat Abu Daud dalam Sunan Abi Daud, dan Ibn Majah dalam Sunan Ibn Majah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1867].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs