Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Baginda SAW menyusun barisan ‘Abdullah, ‘Ubaidullah dan ramai lagi daripada Bani al-Abbas

Teks Bahasa Arab

كان يَصُفُّ عبدَ اللهِ وعُبيدَ اللهِ وكثيرًا من بني العباسِ ثم يقولُ : من سَبَقَ إليَّ ، فلهُ كذا وكذا قال : فيستبقونَ إليهِ ، فيقعونَ على ظهرِهِ وصدرِه ، فيُقَبِّلَهُم ويَلْزَمُهُمْ.

Teks Bahasa Melayu

Baginda SAW menyusun barisan ‘Abdullah, ‘Ubaidullah dan ramai lagi daripada Bani al-Abbas. Kemudian Baginda bersabda: Sesiapa yang paling laju datang kepaaku, maka ganjaran untuknya begini begini. Maka mereka pun saling berlumba menuju kepada Baginda, apabila sampai, mereka terjatuh di belakang dan dada Baginda, kemudian Baginda mencium mereka dan mendampingi mereka.

Sahabat Perawi

  1. ‘Abdullah bin al-Harith RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1117, hadis no. 5648. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن الحارث قال: كان يصف عبد الله وعبيد الله وكثيرًا من بني العباس ثم يقول: من سبق إليّ فله كذا وكذا. قال: فيستبقون إليه فيقعون على ظهره وصدره فيقبّلهم ويلزمهم. [حم، الضعيفة (6547)].

(Lemah) Daripada ‘Abdullah bin al-Harith, beliau menceritakan : Baginda SAW menyusun barisan ‘Abdullah, ‘Ubaidullah dan ramai lagi daripada Bani al-Abbas. Kemudian Baginda bersabda: Sesiapa yang paling laju datang kepaaku, maka ganjaran untuknya begini begini. Maka mereka pun saling berlumba menuju kepada Baginda, apabila sampai, mereka terjatuh di belakang dan dada Baginda, kemudian Baginda mencium mereka dan mendampingi mereka. [Riwayat Ahmad dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6547]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.