Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان يحبُّ هذهِ السورةِ {سَبِّحِ ٱسْمَ رَبِّكَ ٱلْأَعْلَى}.
Teks Bahasa Melayu
Baginda SAW menyukai surah ini {Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan)} (iaitu surah al-‘A'lā).
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1849, hadis no. 9330. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن علي -رضي الله عنه- قال: ((كان ﷺ يحب هذه السورة {سبح اسم ربك الأعلى})). [حم، الطبري في ((التهذيب))، ((الضعيفة)) (٤٢٦٦)]
(Sangat Lemah) Daripada ‘Alī RA, beliau berkata: Baginda SAW menyukai surah ini {Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan)} (iaitu surah al-‘A'lā). [Riwayat Aḥmad dalam Musnadnya, al-Ṭabarī dalam kitab al-Tahdzīb. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4266]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman