TEKS BAHASA ARAB
كان يتبوأ لبوله كما يتبوأ لمنزله.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Baginda SAW menyediakan tempat untuk kencing sebagaimana baginda menyediakan tempat tinggal baginda.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1201, hadis nombor 6096. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)
عن يحيى بن عبيد عن أبيه رضي الله عنه مرفوعا: كان يتبوأ لبوله كما يتبوأ لمنزله.
[عد، ((الضعيفة)) (2459)]
(Lemah)
Daripada Yahya bin ‘Ubaid daripada ayahnya RA secara marfu’: Baginda SAW menyediakan tempat untuk kencing sebagaimana baginda menyediakan tempat tinggal baginda.
[Riwayat Ibn 'Adi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2459]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.