Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كانَ يتبَوَّأُ لبَولِهِ كما يتبَوَّأُ لمنزلِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Baginda SAW menyediakan tempat untuk kencing sebagaimana baginda menyediakan tempat tinggal baginda.
Sahabat Perawi
- 'Ubaid RA
- Yahya bin 'Ubaid RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1201, hadis no. 6096. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن يحيى بن عبيد عن أبيه رضي الله عنه مرفوعا: كان يتبوأ لبوله كما يتبوأ لمنزله. [عد، ((الضعيفة)) (2459)]
(Lemah) Daripada Yahya bin 'Ubaid daripada ayahnya RA secara marfu': Baginda SAW menyediakan tempat untuk kencing sebagaimana baginda menyediakan tempat tinggal baginda. [Riwayat Ibn 'Adi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2459]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman