Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Baginda SAW menyarung cincin pada tangan kanan Baginda, dan wafat dalam keadaan cincin berada di tangan kanannya

Teks Bahasa Arab

كان يتختَّم في يمينِه، وقُبض والخاتمُ في يمينهِ.

Teks Bahasa Melayu

Baginda SAW menyarung cincin pada tangan kanan Baginda, dan wafat dalam keadaan cincin berada di tangan kanannya.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1066, hadis no. 5439. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن عائشة رضي الله عنها قالت: كان يتختم في يمينه وقبض والخاتم في يمينه. [أبو الشيخ، الضعيفة (5409)]

(Sangat lemah): Daripada ‘A’ishah RA, beliau menceritakan: Baginda SAW menyarung cincin pada tangan kanan Baginda, dan wafat dalam keadaan cincin berada di tangan kanannya. [Riwayat Abu al-Shaikh dalam Akhlaq al-Nabi SAW. Lihat Silsilah al-Dha'ifah (5409)]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.