Baginda SAW menghantar kami dalam satu peperangan dan Baginda SAW memerintahkan kepada kami untuk membaca ayat

TEKS BAHASA ARAB

وجهنا صلى الله عليه وسلم في سرية فأمرنا أن نقرأ إذا أمسينا وإذا أصبحنا: (أفحسبتم أنما خلقناكم عبثاً … ) الآية فقرأنا فغنمنا وسلمنا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda SAW menghantar kami dalam satu peperangan dan Baginda SAW memerintahkan kepada kami untuk membaca ayat : "Adakah kamu fikir bahawa Kami menciptakan kamu main-main tanpa ada maksud…" [Al-Mukminun: 115] pada waktu pagi dan petang. Kami membacanya dan mendapat harta rampasan serta berada dalam keadaan selamat.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1003, hadis nombor 5169. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن محمد بن إبراهيم التيمي عن أبيه رضي الله عنه قال: وجهنا ﷺ في سرية فأمرنا أن نقرأ إذا أمسينا وإذا أصبحنا: (أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا … ) الآية. فقرأنا فغنمنا وسلمنا. [ابن السني، أبو نعيم في المعرفة، الضعيفة (4274)].

(Lemah) Daripada Muhammad bin Ibrahim al-Taimi daripada bapanya. Beliau berkata: Baginda SAW menghantar kami dalam satu peperangan dan Baginda SAW memerintahkan kepada kami untuk membaca ayat : "Adakah kamu fikir bahawa Kami menciptakan kamu main-main tanpa ada maksud…" [Al-Mukminun: 115] pada waktu pagi dan petang. Kami membacanya dan mendapat harta rampasan serta berada dalam keadaan selamat. [Riwayat Ibn al-Sunni, dan Abu Nu'aim dalam al-Ma'rifah. Lihat Silsilah al-Dhai’fah no. 4274].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs