Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
وجهنا صلى الله عليه وسلم في سرية فأمرنا أن نقرأ إذا أمسينا وإذا أصبحنا: (أفحسبتم أنما خلقناكم عبثاً ... ) الآية فقرأنا فغنمنا وسلمنا.
Teks Bahasa Melayu
Baginda SAW menghantar kami dalam satu peperangan dan Baginda SAW memerintahkan kepada kami untuk membaca ayat : "Adakah kamu fikir bahawa Kami menciptakan kamu main-main tanpa ada maksud..." [Al-Mukminun: 115] pada waktu pagi dan petang. Kami membacanya dan mendapat harta rampasan serta berada dalam keadaan selamat.
Sahabat Perawi
- Ibrahim Al-Taimi RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1003, hadis no. 5169. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن محمد بن إبراهيم التيمي عن أبيه رضي الله عنه قال: وجهنا ﷺ في سرية فأمرنا أن نقرأ إذا أمسينا وإذا أصبحنا: (أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا ... ) الآية. فقرأنا فغنمنا وسلمنا. [ابن السني، أبو نعيم في المعرفة، الضعيفة (4274)].
(Lemah) Daripada Muhammad bin Ibrahim al-Taimi daripada bapanya. Beliau berkata: Baginda SAW menghantar kami dalam satu peperangan dan Baginda SAW memerintahkan kepada kami untuk membaca ayat : "Adakah kamu fikir bahawa Kami menciptakan kamu main-main tanpa ada maksud..." [Al-Mukminun: 115] pada waktu pagi dan petang. Kami membacanya dan mendapat harta rampasan serta berada dalam keadaan selamat. [Riwayat Ibn al-Sunni, dan Abu Nu'aim dalam al-Ma'rifah. Lihat Silsilah al-Dhai’fah no. 4274].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman