Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَانَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تُعْجِبُهُ الفَاغِيَةُ.
Teks Bahasa Melayu
Baginda SAW menggemari bau haruman bunga.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1054, hadis no. 5389. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك رضي الله عنه، قال: كان صلى الله عليه وسلم تعجبه الفاغية. [حم، أبو الشيخ، الضعيفة (4278)]
[Lemah] Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata: Baginda SAW menggemari bau haruman bunga. [Riwayat Ahmad dalam al-Musnad dan Abu al-Shaikh dalam Akhlaq al-Nabi SAW. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4278]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman