Baginda SAW mendengar suara nyanyian Mu'awiyah dan 'Amru

TEKS BAHASA ARAB

اللهم أركسهما في الفتنة ركسا، ودعهما إلى النار دعا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ya Allah! Engkau menjerumuskanlah mereka berdua terhadap fitnah (bencana) ini dengan sebenar-benarnya dan campakkanlah mereka berdua ke dalam neraka dengan sebenar-benarnya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1395, hadis nombor 7079. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أبي برزة رضي الله عنه، قال: كنا مع النبي صلى الله عليه وسلم فسمع صوت غناء، فقال: انظروا ما هذا؟. فصعدت فنظرت، فإذا معاوية وعمرو يغنيان، فجئت فأخبرت النبي صلى الله عليه وسلم فقال: اللهم أركسهما في الفتنة ركسا، ودعهما إلى النار دعا.
[حم، البزار، ع، ابن حبان في ((الضعفاء))، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (6567]

(Munkar)
Daripada Abi Barzah RA, katanya: Kami bersama Rasulullah SAW, lalu Baginda mendengar suara nyanyian, Baginda pun bersabda: Lihat apakah ini? Aku pun memanjat lalu aku melihat, rupa-rupanya Mu’awiyah dan ‘Amru sedang menyanyi. Aku pun datang menemui Baginda lalu aku ceritakan kepada Nabi SAW. Baginda lantas bersabda: Ya Allah! Engkau jerumuskanlah mereka berdua terhadap fitnah (bencana) ini dengan sebenar-benarnya dan campakkanlah mereka berdua ke dalam neraka dengan sebenar-benarnya.
[Riwayat Ahmad dalam al-Musnad, al-Bazzar, Abu Ya'la dalam al-Musnad, Ibn Hibban dalam al-Du'afa' dan Ibn al-Jawzi. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6567]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs