Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Baginda SAW memuliakan hari Asyura, sehingga Baginda memanggil anak-anaknya dan anak-anak Fatimah yang masih menyusu

Teks Bahasa Arab

كان يُعَظِّمُ يومَ عاشوراءَ حَتَّى إِنْ كَاَن لَيَدعُو بِصِبْيَانِه وَصِبْيَانِ فَاطِمَةَ المَرَاضِيعِ فَيَقُولُ لِأُمَّهَاتِهِمْ : لا تُرضعوهم إلى الليلِ ويَتْفُلُ في أفواهِهم فكان ريقُه يُجْزِؤُهُمْ.

Teks Bahasa Melayu

Baginda SAW memuliakan hari Asyura, sehingga Baginda memanggil anak-anaknya dan anak-anak Fatimah yang masih menyusu, lalu berkata kepada ibu mereka : Jangan susukan mereka sehingga waktu malam. Baginda pun meludah dalam mulut anak-anak kecil tersebut. Ludah Baginda SAW sahaja sudah mencukupi untuk mereka.

Sahabat Perawi

  1. Razinah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1117-1118, hadis no. 5649. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن رزينة رضي الله عنها، قالت: كان صلى الله عليه وسلم يعظم يوم عاشوراء حتى إن كان ليدعو بصبيانه وصبيان فاطمة المراضيع فيقول لأمهاتهم: لا ترضعوهم إلى الليل ويتفل في أفواههم فكان ريقه يجزئهم. [ابن خزيمة، ع، طب، طس، البيهقي في دلائل النبوة، الضعيفة (6749)].

(Lemah) Daripada Razinah RA, beliau berkata : Baginda SAW memuliakan hari Asyura, sehingga Baginda memanggil anak-anaknya dan anak-anak Fatimah yang masih menyusu, lalu berkata kepada ibu mereka : Jangan susukan mereka sehingga waktu malam. Baginda pun meludah dalam mulut anak-anak kecil tersebut. Ludah Baginda SAW sahaja sudah mencukupi untuk mereka. [Riwayat Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya, riwayat Abu Ya‘la dalam Musnadnya, riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan al-Mu'jam al-Awsat, riwayat al-Baihaqi dalam Dala’il al-Nubuwwah. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6749]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.