TEKS BAHASA ARAB
كان له فرس يقال لها الظرب وآخر يقال له: اللزاز.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Baginda SAW memiliki seekor kuda yang digelar al-Zarab, dan seekor kuda lain yang digelar al-Lizaz.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1054, hadis nombor 5393. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن مصدق بن عباس عن أبيه، قال: كان له فرس يقال لها الظرب وآخر يقال له: اللزاز. [هق، الضعيفة (4226)]
[Lemah] Daripada Musaddaq bin ‘Abbas, daripada bapanya, beliau berkata: Baginda SAW memiliki seekor kuda yang digelar al-Zarab, dan seekor kuda lain yang digelar al-Lizaz. [Riwayat al-Baihaqi dalam al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4226]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.