Baginda SAW memiliki seekor kuda yang digelar al-Murtajiz

TEKS BAHASA ARAB

كان له فرس يقال له المرتجز وناقته القصواء وبغلته دلد، وحماره عفير ودرعه الفضول وسيفه ذو الفقار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda SAW memiliki seekor kuda yang digelar al-Murtajiz, seekor unta yang digelar al-Qaswa’, seekor baghal yang digelar Daldal, seekor keldai yang digelar ‘Ufair, sepasang baju besi yang digelar al-Fudul dan sebilah pedang yang digelar Zulfaqar.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1055, hadis nombor 5394. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن علي رضي الله عنه قال: كان له فرس يقال له: المرتجز وناقته القصواء وبغلته دلدل وحماره عفير ودرعه الفضول وسيفه ذو الفقار. [ك، هق، الضعيفة (4227)]

[Lemah] Daripada ‘Ali RA, beliau berkata: Baginda SAW memiliki seekor kuda yang digelar al-Murtajiz, seekor unta yang digelar al-Qaswa’, seekor baghal yang digelar Duldul, seekor keldai yang digelar ‘Ufair, sepasang baju besi yang digelar al-Fudul dan sebilah pedang yang digelar Zulfaqar. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak dan al-Baihaqi dalam al-Kubra. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4227]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs