Baginda SAW memiliki sebilah pedang yang hulunya daripada perak

TEKS BAHASA ARAB

كان صلى الله عليه وسلم له سيف قائمته من فضة وقبيعته من فضة وكان يسمى ذا الفقار وكانت له قوس تسمى السداد، وكانت له كنانة تسمى الجمع، وكانت له درع موشحة بالنحاس تسمى ذات الفضول، وكانت له حربة تسمى النبعاء وكان له مجن يسمى الذقن وكان له ترس أبيض يسمى الموجز، وكان له فرس أدهم يسمى السكب وكان له سرج يسمى الداج، وكانت له بغلة شهباء يقال لها: دلدل وكانت له ناقة تسمى القصواء وكان له حمار يسمى يعفور وكان له بساط يسمى الكز وكانت له عنزة تسمى النمر وكانت له ركوة تسمى الصادر وكانت له امرأة تسمى المدلة وكان له مقراض يسمى الجامع وكان له قضيب شوحط يسمى الممشوق.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda SAW memiliki sebilah pedang yang hulunya daripada perak dan aringnya juga daripada perak, ia dinamakan Zulfaqar. Baginda juga memiliki busur panah yang dinamakan al-Sadad. Baginda memiliki beg anak panah (quiver) yang dinamakan al-Jama‘. Baginda juga memiliki baju besi yang ditempa daripada tembaga yang dinamakan Zatul Fudul. Baginda juga memiliki pisau kecil bernama Nab‘a’. Baginda juga memiliki perisai bernama Zaqn, dan perisai putih bernama Mujiz. Baginda juga memiliki seekor kuda hitam yang dinamakan al-Sakab. Baginda juga memiliki pelana yang diberi nama Daj. Baginda SAW juga memiliki seekor baghal putih yang dinamakan Duldul. Baginda juga memiliki unta yang dinamakan Qaswa’, Baginda juga memiliki keldai yang dinamakan Ya‘fur. Baginda juga memiliki tikar yang dinamakan al-Kazz, tongkat yang dinamakan al-Namr, bekas minum yang dinamakan al-Sadir, cermin yang dinamakan al-Mudillah, gunting yang dinamakan al-Jami‘, dan alat pengecap yang dinamakan al-Mamshuq.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1054, hadis nombor 5392. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس رضي الله عنه، قال: كان صلى الله عليه وسلم له سيف قائمته من فضة وقبيعته من فضة وكان يسمى ذا الفقار وكانت له قوس تسمى السداد، وكانت له كنانة تسمى الجمع، وكانت له درع موشحة بالنحاس تسمى ذات الفضول وكانت له حربة تسمى النبعاء وكان له مجن يسمى الذقن، وكان له ترس أبيض يسمى الموجز وكان له فرس أدهم يسمى السكب، وكان له سرج يسمى الداج وكانت له بغلة شهباء يقال لها: دلدل، وكانت له ناقة تسمى القصواء وكان له حمار يسمى يعفور، وكان له بساط يسمى الكز وكانت له عنزة تسمى النمر وكانت له ركوة تسمى الصادر وكانت له امرأة تسمى المدلة وكان له مقراض يسمى الجامع وكان له قضيب شوحط يسمى الممشوق. [طب، الضعيفة 4225)]

[Palsu] Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata, Baginda SAW memiliki sebilah pedang yang hulunya daripada perak dan aringnya juga daripada perak, ia dinamakan Zulfaqar. Baginda juga memiliki busur panah yang dinamakan al-Sadad. Baginda memiliki beg anak panah (quiver) yang dinamakan al-Jama‘. Baginda juga memiliki baju besi yang ditempa daripada tembaga yang dinamakan Zatul Fudul. Baginda juga memiliki pisau kecil bernama Nab‘a’. Baginda juga memiliki perisai bernama Zaqn, dan perisai putih bernama Mujiz. Baginda juga memiliki seekor kuda hitam yang dinamakan al-Sakab. Baginda juga memiliki pelana yang diberi nama Daj. Baginda SAW juga memiliki seekor baghal putih yang dinamakan Duldul. Baginda juga memiliki unta yang dinamakan Qaswa’, Baginda juga memiliki keldai yang dinamakan Ya‘fur. Baginda juga memiliki tikar yang dinamakan al-Kazz, tongkat yang dinamakan al-Namr, bekas minum yang dinamakan al-Sadir, cermin yang dinamakan al-Mudillah, gunting yang dinamakan al-Jami‘, dan alat pengecap yang dinamakan al-Mamshuq. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4225]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs