Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كَانَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَهُ سَيْفٌ قَائِمُتُهُ مِنْ فِضَّةٍ، وَقَبِيعَتُهُ مِنْ فضةٍ، وَكَانَ يُسَمَّى ذَا الِفقَارِ، وَكَانَتْ لَهُ قَوْسٌ تُسَمَّى السَّدَادَ، وَكَانَتْ لَهُ كِنَانَةٌ تُسَمَّى الجُمْعَ، وَكَانَتْ لَهُ دِرْعٌ مُوَشَّحَةٌ بِالنُّحَاسِ تُسَمَّى ذَاتِ الفُضُولِ، وَكَانَتْ لَهُ حَرْبَةٌ تُسَمَّى النبعاءَ، وَكَانَ لَهُ مِجَنٌّ يُسَمَّى الذَّقَنَ، وَكَانَ لَهُ تُرْسٌ أَبْيَضُ يُسَمَّى المُوجَزَ، وَكَانَ لَهُ فَرَسٌ أَدْهَمُ يُسَمَّى السَّكْبَ، وَكَانَ لَهُ سَرَجٌ يُسَمَّى الدَّاجَ، وَكَانَتْ لَهُ بَغْلَةٌ شَهْبَاءُ يُقَالُ لَهَا : دُلْدُلُ، وَكَانَتْ لَهُ نَاقَةٌ تُسَمَّى القَصْوَاءَ، وَكَانَ لَهُ حِمَارٌ يُسَمَّى يَعْفُورَ، وَكَانَ لَهُ بِسَاطٌ يُسَمَّى الكُرَّ، وَكَانَتْ لَهُ عَنَزَةٌ تُسَمَّى النَّمِرَ، وَكَانَتْ لَهُ رَكْوَةٌ تُسَمَّى الصَّادِرَ، وَكَانَتْ لَهُ مِرْآةٌ تُسَمَّى الْمُدِلةَ، وَكَانَ لَهُ مِقْرَاضٌ يُسَمَّى الجَامِعَ، وَكَانَ لَهُ قَضِيْبُ شَوحَطٍ يُسَمَّى الْمُمشوِّقَ.
Teks Bahasa Melayu
Baginda SAW memiliki sebilah pedang yang hulunya daripada perak dan aringnya juga daripada perak, ia dinamakan Zulfaqar. Baginda juga memiliki busur panah yang dinamakan al-Sadad. Baginda memiliki beg anak panah (quiver) yang dinamakan al-Jama‘. Baginda juga memiliki baju besi yang ditempa daripada tembaga yang dinamakan Zatul Fudul. Baginda juga memiliki pisau kecil bernama Nab‘a’. Baginda juga memiliki perisai bernama Zaqn, dan perisai putih bernama Mujiz. Baginda juga memiliki seekor kuda hitam yang dinamakan al-Sakab. Baginda juga memiliki pelana yang diberi nama Daj. Baginda SAW juga memiliki seekor baghal putih yang dinamakan Duldul. Baginda juga memiliki unta yang dinamakan Qaswa’, Baginda juga memiliki keldai yang dinamakan Ya‘fur. Baginda juga memiliki tikar yang dinamakan al-Kazz, tongkat yang dinamakan al-Namr, bekas minum yang dinamakan al-Sadir, cermin yang dinamakan al-Mudillah, gunting yang dinamakan al-Jami‘, dan alat pengecap yang dinamakan al-Mamshuq.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1054, hadis no. 5392. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس رضي الله عنه، قال: كان صلى الله عليه وسلم له سيف قائمته من فضة وقبيعته من فضة وكان يسمى ذا الفقار وكانت له قوس تسمى السداد، وكانت له كنانة تسمى الجمع، وكانت له درع موشحة بالنحاس تسمى ذات الفضول وكانت له حربة تسمى النبعاء وكان له مجن يسمى الذقن، وكان له ترس أبيض يسمى الموجز وكان له فرس أدهم يسمى السكب، وكان له سرج يسمى الداج وكانت له بغلة شهباء يقال لها: دلدل، وكانت له ناقة تسمى القصواء وكان له حمار يسمى يعفور، وكان له بساط يسمى الكز وكانت له عنزة تسمى النمر وكانت له ركوة تسمى الصادر وكانت له امرأة تسمى المدلة وكان له مقراض يسمى الجامع وكان له قضيب شوحط يسمى الممشوق. [طب، الضعيفة 4225)]
[Palsu] Daripada Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata, Baginda SAW memiliki sebilah pedang yang hulunya daripada perak dan aringnya juga daripada perak, ia dinamakan Zulfaqar. Baginda juga memiliki busur panah yang dinamakan al-Sadad. Baginda memiliki beg anak panah (quiver) yang dinamakan al-Jama‘. Baginda juga memiliki baju besi yang ditempa daripada tembaga yang dinamakan Zatul Fudul. Baginda juga memiliki pisau kecil bernama Nab‘a’. Baginda juga memiliki perisai bernama Zaqn, dan perisai putih bernama Mujiz. Baginda juga memiliki seekor kuda hitam yang dinamakan al-Sakab. Baginda juga memiliki pelana yang diberi nama Daj. Baginda SAW juga memiliki seekor baghal putih yang dinamakan Duldul. Baginda juga memiliki unta yang dinamakan Qaswa’, Baginda juga memiliki keldai yang dinamakan Ya‘fur. Baginda juga memiliki tikar yang dinamakan al-Kazz, tongkat yang dinamakan al-Namr, bekas minum yang dinamakan al-Sadir, cermin yang dinamakan al-Mudillah, gunting yang dinamakan al-Jami‘, dan alat pengecap yang dinamakan al-Mamshuq. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4225]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman