Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
كان ﷺ يكره الصوت عند القتال.
Teks Bahasa Melayu
Baginda SAW membenci suara nyaring ketika peperangan.
Sahabat Perawi
- Abu Musa al-Asy'ari RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1000, hadis no. 5156. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن بردة رضي الله عنه قال: كان ﷺ يكره الصوت عند القتال. [د، هق، ك، الضعيفة (4289)].
(Lemah) Daripada Abu Musa al-Asy'ari RA, beliau berkata: Baginda SAW membenci suara nyaring)ketika peperangan. [Riwayat Sunan Abi Daud, al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman dan al-Hakim di dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Dhai’fah no. 4289].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman