Baginda SAW membasahkan diri dengan titisan hujan pertama yang turun

TEKS BAHASA ARAB

كان صلى الله عليه وسلم يستمطر في أول مطرة ينزع ثيابه كلها إلا الإزار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda SAW membasahkan diri dengan titisan hujan pertama yang turun dengan menanggalkan pakaian Baginda kesemuanya, selain kain bawah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1055, hadis nombor 5399. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس رضي الله عنه، قال: كان صلى الله عليه وسلم يستمطر في أول مطرة ينزع ثيابه كلها إلا الإزار. [حل، ((الضعيفة)) (4272)]

[Lemah] Daripada Anas RA, beliau berkata: Baginda SAW membasahkan diri dengan titisan hujan pertama yang turun dengan menanggalkan pakaian Baginda kesemuanya, selain kain bawah. [Riwayat Abu Nu‘aim dalam Hilyat al-Awliya’. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4272]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs