Baginda SAW melihat dalam gelap sepertimana baginda melihat dalam terang

TEKS BAHASA ARAB

كان يرى في الظلمة كما يرى في الضوء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda SAW melihat dalam gelap sepertimana baginda melihat dalam terang.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1783, hadis nombor 8976. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عائشة -رضي الله عنها -، قالت: «كان يرى في الظلمة كما يرى في الضوء»، [تمام، عد، البيهقي في «دلائل النبوة»، خط، مكي المؤذن في «حديثه»، الضياء في المنتقى من «حديث أبي علي الأوقي»، الضعيفة (341)].

(Palsu) Daripada ‘Aishah RA berkata: “Baginda SAW melihat dalam gelap sepertimana baginda melihat dalam terang.” [Riwayat Tammam, Ibn ‘Adi, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Makki al-Muazzin dalam kitab hadisnya dan al-Dhiya’ dalam al-Muntaqo min Hadis Abi ‘Ali al-Auqi. Lihat Silsilah al-Dha’ifah, no. 341]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.