Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
نَهَى أن يُدْخَلَ الماءُ إلا بِمِئْزَرٍ.
Teks Bahasa Melayu
Baginda SAW melarang seseorang itu masuk ke dalam air melainkan dengan memakai kain.
Sahabat Perawi
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 192, hadis no. 991. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن جابر - رضي الله عنه - مرفوعا: ((نهى أن يدخل الماء إلا بمئزر)). [ابن خزيمة، ك، ((الضعيفة)) (1504)]
(Daif) Daripada Jabir RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Baginda SAW melarang seseorang itu masuk ke dalam air melainkan dengan memakai kain. [Riwayat Ibn Khuzaimah dan al-Hakim dalam Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da‘īfah; no. 1504]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman