Baginda SAW melarang kami (iaitu: Orang-orang Parsi)

TEKS BAHASA ARAB

نهانا (يعني أهل فارس) أن ننكح نساء العرب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda SAW melarang kami (iaitu: Orang-orang Parsi) dari menikahi perempuan berbangsa Arab.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1795, hadis nombor 9046. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن سلمان الفارسي -رضي الله عنه-، قال: نهانا (يعني أهل فارس) أن ننكح نساء العرب. [طس، ((الضعيفة)) (1116)]

(Sangat Lemah) Daripada Salman al-Farisi RA berkata: Baginda SAW melarang kami (iaitu: Orang-orang Parsi) dari menikahi perempuan berbangsa Arab. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Ausat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1116]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs