TEKS BAHASA ARAB
كان – صلى الله عليه وسلم – يعجبه أن يدعو ثلاثا، ويستغفر ثلاثا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Baginda SAW kebiasaannya suka berdoa sebanyak tiga kali dan beristighfar sebanyak tiga kali.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1482, hadis nombor 7565. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن مسعود – رضي الله عنه -، قال: كان – صلى الله عليه وسلم – يعجبه أن يدعو ثلاثا، ويستغفر ثلاثا. [د، حب، ع، ابن السني، حم، طب، الطبراني في ((الدعاء))، حل، ((الضعيفة)) (4281)]
(Lemah)
Daripada ‘Abdullah bin Mas’ud RA, katanya: Baginda SAW kebiasaannya suka berdoa sebanyak tiga kali dan beristighfar sebanyak tiga kali.
[Riwayat Abu Dawud dalam Sunan beliau, Ibn Hibban dalam Sahih beliau, Abu Ya'la dalam Musnad beliau, Ibn al-Sunni, Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau, al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, al-Tabarani dalam ((al-Du'a)) dan Abu Nu'aym dalam al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da'ifah; no. 4281]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.