Baginda SAW kebiasaannya apabila melihat bulan sabit, Baginda berdoa

TEKS BAHASA ARAB

كان – صلى الله عليه وسلم – إذا نظر إلى الهلال، قال: اللهم اجعله هلال يمن ورشد، آمنت بالله الذي خلقك فعدلك، فتبارك الله أحسن الخالقين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Baginda SAW kebiasaannya apabila melihat bulan sabit, Baginda berdoa: Ya Allah! Jadikanlah ia sebagai bulan sabit yang boleh memberikan anugerah dan petunjuk. Aku beriman kepada Allah yang telah menciptakanmu seterusnya menyempurnakanmu, Maha Berkat Allah, sebaik-baik Pencipta.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1481, hadis nombor 7556. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس – رضي الله عنه -، قال: كان – صلى الله عليه وسلم – إذا نظر إلى الهلال، قال: ((اللهم اجعله هلال يمن ورشد، آمنت بالله الذي خلقك فعدلك، فتبارك الله أحسن الخالقين)). [ابن السني، ((الضعيفة)) (4216)]

(Palsu)
Daripada Anas RA, katanya: Baginda SAW kebiasaannya apabila melihat bulan sabit, Baginda berdoa: Ya Allah! Jadikanlah ia sebagai bulan sabit yang boleh memberikan anugerah dan petunjuk. Aku beriman kepada Allah yang telah menciptakanmu seterusnya menyempurnakanmu, Maha Berkat Allah, sebaik-baik Pencipta.
[Riwayat Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da'ifah; no. 4216]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs